Thursday, 5 May 2011

Masalah yang sering berlaku

       Hari ini jika dilihat banyak pembangunan yang giat dijalankan untuk kemudahan manusia sedangkan kawasan semakin terhad.  Terdapat juga sekolah yang terpaksa mengorbankan padang atau tapak perhimpunan untuk mendirikan bangunan akedemik atau asrama.  Jika dilihat kebanyakan asrama mempunyai struktur ampaian yang tidak teratur. Ampaian yang diguna pakai pada hari ini di kebanyakan sekolah berasrama kelihatan tidak kemas dan tidak sistematik.  Jika dirancang dengan betul kawasan ampaian di kebanyakan asrama akan lebih kelihatan menarik dan kemas.
      oleh itu, masalah utama yang dihadapi oleh sekolah asrama ialah mempunyai kawasan yang terhad untuk membina kemudahan-kemudahan yang diperlukan oleh pelajar. Antara salah satu kemudahan yang penting di kawasan asrama adalah ampaian kain. hal ini adalah kerana, setiap manusia termasuk pelajar memakai pakaian setiap hari. Secara fitrahnya, pakaian yang dipakai akan menjadi kotor dan berbau busuk. Oleh itu, pakaian itu hendaklah dibasuh dan dijemur setiap hari bagi memastikan pakaian sentiasa bersih. Masalah yang sering dihadapi adalah, kebanyakkan kawasan asrama tidak mempunyai kawasan ampaian yang sesuai untuk proses pengeringan berlaku. satu tindakan drastik haruslah dibuat bagi menangani masalah ini
 

No comments:

Post a Comment